Sebelum saya meneruskan cerita aneh ini eloklah saya perkenalkan moyang saya yang bernama Sulaiman b Alias ini. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Pasir-Panjang Daerah Port Dickson...saya tak sempat menemui beliau tatkla arwah masih hidup.
Antara yang menarik tentang moyang saya ini ialah dia dikebumikan oleh orang kampung yang tidak tahu bahawa beliau sudah haji. Ini semacam mengikut amalan Rasulullah dan para sahabat amnya yang tidak menggunakan gelaran HAJI di pangkal nama. Yang cara ini lebih baik hendakNya...insyaallah. Yang lain pin boleh juga...Allah Sungguh mempunyai kurnia untuk manusia.
Beliau ini seorang yang warak dan seorang Tok Mudim kampung dan Bilal mengikut cerita lisan yang sahih dari nenek saya Almarhumah Sari bt Yaasin. Kemana pergi beliau akan mengikat kitab buruk di basikalnya.
Pernah beliau di cerca orang tua bau ABU nak mati! oleh anak ketua kampung. Kemudiannya selama 2 minggu si gadis tadi merayau-rayau waktu malam di Pekan Labu N9 membawa pelita kerana sudah terbalik dunianya menyangka malam itu sebagai siang dan siang itu sebagai malam.
Akhirnya penduduk kampung tahun 50an dahulu minta Aki Sulaiman ubatkan. Selang beberapa hari jam tengah malam-malam buta gadis tadi mengetuk pintu minta kahwin dengan aki yang sudah tua bangka..lelaki yang dikutuknya dahulu. Subhanallah..dari itu jaga-jagalah mulut.
Aki Sulaiman sering merantau ke Indonesia guna perahu dan Singapura..Kahwin juga malam itu dipanggilkan tok kadi. Jodoh hanya bertahan 2 minggu mereka bercerai tetapi si gadis tadi alhamdulillah sudah sembuh. Syukur.
Beliau memberitahu nenek dia tak buat apa pun seperti sangkaan orang tapi kuasa Allah agaknya. Nenek pernah kata orang kampung ada yang menganggap beliau sebagai seorang wali. Wallhua'lam.
Menurut cerita dari mulut kemulut, bahawa Aki Sulaiman boleh berjalan di atas air dan dalam satu kejadian beliau yang sering berulang-alik antara melaka dan pulau Rupat di Indonesia. Pada satu perjalanan telah di serang lanun. Dengan kuasa Allah belum sempat Lanun itu menerjah masuk ke perahu beliau telah lebih dahulu sekelip mata terbang keperahu lanun yang menurut nenek jauhnya 4-7 gulung kain.
Beliaulah yang banyak mengajar nenek ilmu Allah dan yang paling hairan beliau kata tak perlu risau jika dia tiada nanti tetap dia akan bantu nenek. Benarlah selepas itu nenek ku menjadi seorang bidan bomoh tradisional yang terkenal. Kaedah rawatannya tetap sama iaitu melalui mimpi. Memang kadang lambat tetapi jika berhasil ia sangat tepat menurut kadar Allah. Wallahua'alam.
Ada banyak lagi kisah beliau tapi tak termampu hendak ku tulis panjangnya dan pelbagai. Ringkasnya setiap kali ku ingin kemakam beliau daku akan mendapat mimpi benar apa yang akan ku temui di makam itu kelak. Seolah tahu akan kedatangan ku. Ia adalah mimpi kehadapan tentang peristiwa.
Subhanallah tiadalah yang mampu melakukan pekerjaan ghoib sedemikian dengan teliti dan terkesan semata-mata dengan izin dan pertolongan Allah. Dialah yang memegang kunci perbendaharaan Yang Nyata dan Yang Ghoib. Boleh diulang dan ditayangkan kembali peristiwa masa akan datang dan yg telah berlalu dan yang akan berlaku. Meliputi Ilmunya yakni tuhan yang tiada awal tiada akhir.
Dari peristiwa2 sebeginilah daku mengait menjaring merungkai maksud yang tersirat tersembunyi dan mengenal Asma' Husna Allah dengan sebenarnya bertahun-tahun lamanya tanpa guru membimbing ku tetapi hanya buku dan kitab Allah. Alhamdulillah Akhir Kalam Allah itu adalah KEBENARAN.
Barangkali itulah yang tinggal tersisa dari ilmu-ilmu Syaidina Khidir as. Dengan rendah hati....